| KEADAAN CUACA BERJEREBU |
PERHATIAN
KEPADA SEMUA PENGETUA DAN GURU BESAR.
Memandangkan keadaan cuaca masa kini boleh menjejaskan kesihatan para pelajar, segala aktiviti luar kelas termasuk kegiatan kokurikulum dan acara sukan adalah TIDAK DIGALAKKAN.
Sebarang pertanyaan sila hubungi En. Zainuddin Abdullah di talian 06-5292878 ( PPD Jasin )
Terima kasih
Zainuddin Abdullah
Penyelia HEM PPDJ
Paparan Sehingga 28/06/2013 |
| (Sumber : En. Zainuddin bin Abdullah/Penyelia HEM) |
| |
| PROGRAM SUSU 1MALAYSIA |
PERHATIAN
KEPADA SEMUA GPK HEM SEKOLAH RENDAH
Terdapat beberapa episod pelajar muntah setelah minum susu 1 Malaysia yang dibekalkan di sekolah walaupun tarikh luput dicatatkan pada bulan September 2013 dan tiada tanda-tanda kerosakan pada kotak susu tersebut.
Oleh itu dicadangkan agar pihak sekolah meminta semua pelajar dan guru bertugas menuangkan susu ke dalam gelas atau cawan. Dengan cara ini keadaan kandungan susu itu dapat dilihat dengan jelas sebelum diminum dan akan membantu mengurangkan kejadian muntah-muntah akibat kerosakan susu.
Terima kasih.
Zainuddin b. Abdullah
Penyelia HEM PPD Jasin
Paparan hingga 26/06/2013 |
| (Sumber : En. Zainuddin bin Abdullah/Penyelia HEM PPD Jasin) |
| |
| Taklimat Profsionalisme Ketua Pembantu Tadbir/Pembantu Tadbir Bil.1/2013 |
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia.
Makluman kepada semua KPT/PT yang terlibat dengan taklimat di atas. Sebarang pertanyaan berkenaan senarai nama kehadiran, sila hubungi Pn Hjh. Hazrina pada talian 06-522 8001.
Sekian, terima kasih. |
| (Sumber : Unit Pentadbiran, PPD Jasin.) |
| |
| Pelantikan dan Mesyuarat Panel Pembinaan Soalan Program Gerak Gempur PMR Kelas Rancangan Khas (KRK) 2013 |
Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1Malaysia,
Pengetua,
Sekolah-sekolah Menengah Daerah Jasin.
(Muat turun nama panel yang dilantik di e-siaran PPD Jasin)
Tuan,
Sukacita dimaklumkan bahawa Mesyuarat Panel Pembinaan Soalan Program Gerak Gempur PMR (KRK) bagi pusingan kali ke tiga 2013 akan mengadakan satu mesyuarat penyelarasan pada ketetapan berikut:-
Tarikh : 19 Jun 2013 (Rabu)
Masa : 2.00 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat PPD Jasin & Bilik Mesyuarat Unit Akademik PPD Jasin
Mohon jasa baik tuan mengarahkan semua guru yang telah dilantik sebagai panel di sekolah tuan untuk hadir ke mesyuarat di atas. sebarang pertanyaan, sila hubungi Cik Hjh. Noora binti Abu Bakar pada talian 019-33 11 424. |
| (Sumber : Cik Hjh. Noora binti Abu Bakar) |
| |
| Pengemaskinian Ralat Data e-Operasi Dalam Sistem Maklumat Guru |
**RALAT**
Semua Guru Besar,
SK,SJKC,SJKT & SRABK JAIM,
Daerah Jasin.
Tuan,
Sehubungan dengan itu, tuan diminta mengarahkan Pembantu Tadbir Rintis sekolah tuan dengan diselia oleh Penolong Kanan Pentadbiran untuk melengkapkan butiran maklumat guru di bawah seliaan tuan yang tidak lengkap. Maklumat ralat boleh diakses melalui laman web http://apps.moe.gov.my/operasi dengan menggunakan kata laluan dan ID tuan Guru Besar. Tarikh akhir pengemaskinian maklumat ralat ialah pada 30 Jun 2013.
Sila muat turun surat di atas dilaman e-siaran PPD Jasin. Sekian, terima kasih.
*Paparan surat ini sehingga 30 Jun 2013. |
| (Sumber : En. Othman Hj. Saleh, Unit Pengurusan Sekolah) |
| |
| Bengkel Program Bina Upaya Guru Pendidikan Islam Daerah Jasin Bil.1/2013 |
Assalamualaikum wbt.
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah-sekolah Daerah Jasin.
Sehubungan dengan itu, mohon kerjasama tuan/puan mengarahkan guru dari sekolah tuan (rujuk lampiran, muat turun di e-siaran) untuk hadir pada ketentuan berikut:
Tarikh : 18 Jun 2013 (Selasa)
Masa : 2.00 - 5.00 petang
Tempat : Bilik Gerakan, PPD Jasin.
Sila muat turun senarai lampiran di laman e-siaran PPD Jasin. Surat panggilan mesyuarat akan diberikan pada hari bengkel berkenaan. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Ust. Hisham di talian 012-310 5256 / Ust. Abdullah Suhaimi di talian 012-398 0617.
Sekian, terima kasih. |
| (Sumber : Unit Pendidikan Islam, PPD Jasin.) |
| |
| Kursus Kreativiti Didik Hibur Dalam PDP Dan Pemantapan Bahasa Malaysia Sekolah Rendah Negeri Melaka 2013 |
Guru-guru Bahasa Melayu
(Seperti dalam lampiran)
Tarikh : 20 Jun hingga 22 Jun 2013
Tempat : Hotel Putra Kuala Lumpur
Pendaftaran : 20 Jun 2013
(Khamis : 2.00 petang hingg 6.00 petang)
SK Jasin
SK Merlimau 2
SJKT Ladang Serkam
SRA Merlimau Pasir
SK Batang Melaka
SK Datuk Hj.Baginda
SK Air Baruk
SJKT Ladang Bukit Kajang
(Surat dalam pigeon hole Sekolah dan siaran on line PPD Jasin |
| (Sumber : Wan Zurina - Unit Pentadbiran) |
| |
| Pengambilan Surat Jemputan Bagi Calon Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2012. |
Pengetua/Guru Besar,
Sekolah Daerah Jasin.
Sila hantar wakil untuk mengambil surat tersebut di Unit Pentadbiran, PPD Jasin
mulai 13.6.2013. Kerjasama tuan/puan amat dihargai.
Sekian, terima kasih. |
| (Sumber : Mohd. Nordin Othman, Unit Pentadbiran PPDJ) |
| |
| Tawaran Mengikuti Program IABJ13021- Peningkatan Kecemerlangan Organisasi Secara Menyeluruh.
Pada 25/6/2013 Hingga 27/6/2013 Di Melaka. |
Pengetua/Guru Besar
Daerah Jasin.
Kepada sekolah-sekolah berkenaan sila ambil surat di pigeon hole sekolah masing-masing dengan kadar yang segera.
1.SMK TUN SYED ZAHIRUDDIN
2.SMK NYALAS
3.SMK SERI BEMBAN
4.SMK ISKANDAR SHAH
5.SMK SG.RAMBAI
6. SMK SERI MAHKOTA
7.SMK SIMPANG BEKOH
8.SMK SDARY
9.SMK JASIN
10.SK CHINCHIN
11.SK PARIT PENGHULU
12.SK DATUK HJ.BAGINDA
13.SK BATU GAJAH
14.SK SERKAM DARAT
15. SK SEBATU
16. SK SG RAMBAI
17.SK SEMPANG
18.SK MERLIMAU
19.SK JASIN
20. SK SERI BEMBAN
21.SK MERLIMAU 2
22.SK MERLIMAU 1
23.SK SERKAM
24. SJKT BUKIT ASAHAN
25.SJKT BATANG MELAKA
26.SJKT MERLIMAU
27.SJKT SERKAM
28. SJKC PAY YAP
29. SJKC PAY CHUIN
SEKIAN.TERIMA KASIH.
|
| (Sumber : Unit Pentadbiran PPD Jasin) |
| |
| PEMBAYARAN GAJI GURU GANTI |
| KEPADA,
PENGETUA DAN GURU BESAR,
SEKOLAH- SEKOLAH DAERAH JASIN.
MOHON KERJASAMA PIHAK TUAN MEMASTIKAN PEMBAYARAN GAJI GURU GANTI SEKOLAH TUAN BIBUAT PADA AKHIR SETIAP BULAN UNTUK MENGELAKKAN KELEWATAN PEMBAYARAN.
SEKIAN,
TERIMA KASIH. |
| (Sumber : PEGAWAI KGSK PPD JASIN) |
| |
| Aduan Permasalahan 1 BestariNet Selepas Pemasangan Siap Dilaksanakan Di Sekolah |
Assalamualaikum Dan Salam 1 Malaysia.
Selaras dengan peruntukan kontrak dengan YTL, semua masalah berkenaan dengan rangkaian 1 BestariNet mestilah dilaporkan terus kepada helpdesk YTL bagi membolehkan masalah dapat diselesaikan. Untuk pengetahuan pihak tuan-puan pihak kami ada menerima aduan dari JPN mengenai masalah rangkaian, akan tetapi bila ia nya dimaklumkan kepada YTL terdapat juga masalah yang tidak dilaporkan kepada helpdesk YTL .
Sehubungan dengan itu pohon kerjasama JPN memaklumkan kepada pihak sekolah mengenai perkara ini memadangkan SLA akan dikira berdasarkan aduan rasmi yang dibuat kepada YTL helpdesk. Untuk pengetahuan pihak tuan, semua aduan yang sah mestilah mempunyai number trouble ticket , oleh yang demikian pihak sekolah atau pihak yang melapor perlu meminta no.trouble ticket.
Jika terdapat masalah seperti berikut :
1) Helpdesk YTL tidak berjawab
2) Tiada number trouble ticket
Berikut merupakan maklumat helpdesk YTL
Noorhisham Shahabudin
Project Management Office Inisiatif ICT
Kementerian Pelajaran Malaysia
|
| (Sumber : Mohd Nasir bin Hj Husin) |
| |
| Peringatan Kepada Sekolah Untuk Memberi Notis Penamatan Perkhidmatan Talian Internet Sedia Ada |
Assalammualaikum w.b.t. dan Salam 1Malaysia
Kepada Semua Sekolah-sekolah Negeri Melaka
Adalah dimaklumkan bahawa pihak sekolah hendaklah memberi notis penamatan perkhidmatan talian internet sedia ada kepada Penyedia Perkhidmatan Internet (ISP) dalam tempoh 30 hari selepas tarikh pemasangan perkhidmatan 1BestariNet sekiranya perkhidmatan tersebut telah berfungsi sepenuhnya.
Sila faxkan surat notis tersebut ke 06-232 3339 (Telekom Melaka)
|
| (Sumber : JPN Melaka) |
| |