PPD Jasin
 
Laman Utama
 
BERITA PENUH

:: Tajuk Berita








































































































































































































































































































































Portal e-Rajin:1000 Pengunjung Sebulan - 13/12/2006

Alhamdulillah, tanggal 5 November 2006, laman ini telah dikunjungi melebihi 1000 pelawat sejak ianya dibuka kepada umum pada 1 Oktober lalu.

Angka tersebut melonjak dari hari ke hari dan ini juga berkemungkinan disebabkan program percubaan Borang Online (Analisa Peperiksaan Akhir Tahun - Sains dan Matematik) yang dijalankan baru-baru ini.

Sikap proaktif sekolah juga amat membanggakan apabila analisa keputusan 18 sekolah tersenarai dalam pangkalan data kami pada hari PERTAMA yang diwujudkan untuk memudahkan warga sekolah dan juga Pegawai di PPD/ JPN. Data-data mentah yang dimasukkan oleh warga sekolah dapat dianalisa secara terus dan cepat di Portal ini sementara menunggu bahan-bahan bercetak dikirimkan ke PPD. Tahniah Cikgu-cikgu dan jangan lupa memberi idea di Buku Pelawat kita ye!

Kaunter bilangan pengunjung ini juga diwujudkan dalam bentuk bilangan pengunjung yang sebenar untuk membantu kami melihat perkembangan/ sambutan pengunjung ke laman web kami yang masih dalam proses pembinaan ini. "Tak guna kita syok sendiri dengan menambah angka kaunter pelawat yang diwujudkan sedangkan hakikatnya tidak sebegitu," tegas Webmaster Portal ini apabila diajukan soalan berkaitan kepadanya.

Kaunter pelawat ini juga telah melonjak ke angka 2000 pada 19 Nov. 2006, iaitu hanya 2 minggu dari tarikh pengunjung yang ke 1000. Ia telah terus melonjak ke angka 3000 pada 12 Disember 2006. Terima kasih para pengunjung dan juga pemberi idea di Buku Pelawat kami.


©2007 Unit ICT PPD Jasin