Pejabat Pelajaran Daerah Jasin
Jalan Pegawai 77000 Jasin, Melaka
Tel : 06-529 2878 / 2664 / 6901
Faks :06-529 1037 (Pejabat Am) & 5293932 (Unit Kewangan)
Email : ppdjasin@ppdjasin.edu.my
EN YUSOF BIN AHMAD
(TUAN PPD JASIN)
JAM PORTAL E-RAJIN
Dapatkan kaunter PERCUMA di Cgi2yoU.com <<<<|Pengunjung|>>>>
Sejak 01 Oktober 2006
LAMAN E-BORANG PPD JASIN
E-GERAK PPD JASIN
E-PEMANTAUAN PPD JASIN
LAMAN WEB JPN MELAKA
BTP NEGERI MELAKA
SEKTOR PENDIDIKAN ISLAM JPNM
PPD ALOR GAJAH
PPD MELAKA TENGAH
PORTAL NKRA
SISTEM PENGURUSAN PRASEKOLAH KPM
KALENDER 2010
GARIS PANDUAN PEMBACAAN BUKU
Garis Panduan Pembacaan Buku Untuk LDP "SCHOOL BASE" KLIK DI SINI untuk muat turun
LAMAN PILIHAN (SUDUT ILMIAH SEKOLAH)
QNET TERKINI ( APRIL 2009)
Bahan Taklimat KS Akademik, JPM. KLIK DI SINI untuk muat turun
LAMAN PILIHAN
JOM EMEL WARGA PPD
Senarai Emel Pegawai & Staff PPD Jasin. KLIK DI SINI untuk muat turun
WAKTU OPERASI PPD
ISNIN - KHAMIS:
07.30 PAGI - 01.00 TENGAHARI
02.00 - 05.30 PETANG
JUMAAT
07.30 PAGI - 12.15 TENGAHARI
02.45 - 05.30 PETANG
SABTU & AHAD:
TUTUP
LIVE WEB CAM/ CAMERA
Saksikan keadaan trafik/ lalulintas kenderaan di Jambatan Pulau Pinang (Snapshot) / (Video) dan
Lembah Klang
IKLAN D PORTAL E-RAJIN
Anda boleh mengiklankan sebarang perkhidmatan atau produk anda di laman ini. Kami akan membantu mempromosikannya. Sila hubungi Webmaster untuk maklumat lanjut.
CUACA DI MELAKA
SEMAK DAFTAR PEMILIH

:: MAKLUMAN SEMASA
Peruntukan Skim Bantuan Tiusyen Peringkat Pertama.

Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah Daerah Jasin.
 

Dipohon kerjasama pihak sekolah untuk membuka siaran online mengenai peruntukan skim bantuan tiusyen.Sekian terima kasih.

(Sumber : En.Zainuddin Abdullah - Unit HEM)
 
PERTANDINGAN KIBAR JALUR GEMILANG

Warga PPD Jasin ingin merakamkan ucapan tahniah kepada SMK Selandar, SK Merlimau Dua dan SMK Sungai Rambai kerana telah berjaya mewakili Daerah Jasin ke Pertandingan Jalur Gemilang peringkat negeri. Diharap pihak sekolah dapat membuat persediaan yang secukupnya sebelum dijalankan penghakiman peringkat negeri mulai 2/9/2010. Kami berdoa semuga dinobatkan sebagai Johan Negeri.

Sekalung tahniah juga diucapkan kepada SMK DARY, SK Sri Lanang dan SK F Bukit Senggeh kerana telah terpilih ke peringkat akhir Daerah Jasin. Harap dapat menggandakan usaha supaya berjaya ke peringkat negeri di tahun hadapan.

Terima kasih.

(Sumber : En. Zainuddin B. Abdullah/Penyelia HEM PPDJasin)
 
Peperiksaan Teori Pegawai Teknik Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Gred 1 dan Gred 3

Sila muat turun surat tersebut dari Siaran-On-Line.
Sebarang pertanyaan sila hubungi Encik John Ayavu, H/P: 016 648 7046.

Sekian. 

(Sumber : Unit Sukan PPD Jasin)
 
01 September 2010
EMIS OnLine:
T E R K I N I:

Sistem sedang dikemaskini.

Maaf, Sistem masih dikemaskini.

Tangguhkan kemaskini data 30.8.2010.
Tunggu makluman selanjutnya!
Harap maklum.
Terima kasih.
 

(Sumber : YAHYA HASHIM: Peg.Maklumat PPD Jasin)
 
Majlis Berbuka Puasa dan Solat Hajat Perdana Sempena UPSR,PMR,SPM dan STPM

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Semua Pengetua,Guru Besar dan Seorang GPK Daerah Jasin.
Kad Jemputan untuk majlis tersebut boleh diambil di Kotak Pigeon Hole sekolah masing-masing mulai 30 OGOS 2010 .Sila ambil dengan kadar segera.

Sekian, terima kasih.

(Sumber : PPDJ )
 
6 SEKOLAH TERPILIH UNTUK MEWAKILI DAERAH JASIN KE PERTANDINGAN LANDSKAP 2010

 Sekolah-sekolah berikut telah dipilih oleh panel pemilihan mewakili daerah Jasin :

SMK Sg Rambai
SMK Spg Bekoh
SMK Selandar
SK Pulai
SK Merlimau 2
SK Chinchin
Diharap sekolah-sekolah berikut dapat bersedia untuk penilaian peringkat negeri. Tarikh penilaian akan di beritahu kemudian. Maklumat lanjut sila hubungi En. Tuah b. Talip, KU PPK, PPDJ.
Sekian, terima kasih.

(Sumber : Unit PPK, PPD Jasin)
 
KAJIAN AUDIT NILAI PEJABAT PELAJARAN DAERAH JASIN 2010

Salam Sejahtera dan Salam Satu Malaysia

Perhatian kepada warga PPD Jasin

Tuan/ Puan diharapkan dapat menghantar Soal Selidik Audit Nilai yang telah lengkap diisi kepada Tn. Hj. MatShah bin Hj. Othman, Kaunselor Pentadbiran PPD Jasin.

Tahniah!, kepada 39 orang responden yang telahpun menghantar keputusan Audit Nilai mereka. Hanya 5 orang responden sahaja yang masih belum berbuat demikian. Sila hantar keputusan Audit Nilai tuan/ puan sebelum 30hb. Ogos 2010. Sekian untuk makluman, terima kasih. 

(Sumber : Tn. Hj. MatShah bin Hj. Othman, Unit Psikologi Dan Kaunseling PPDJ)
 
Pembekalan Buku Bahan Bacaan Tambahan Ke Pusat Sumber Sekolah Luar Bandar Seluruh Negara.

Kepada Pengetua dan Guru Besar
Daerah Jasin.

Sekolah-sekolah yang terlibat dalam siaran on line.
a) Sila cetak surat  berkenaan.
b) Sila ambil tindakan fasa ke 4

(Sumber : En.Zainuddin Abdullah - Unit HEM)
 
SPM 2010 Kemasukan Markah Sekolah Secara Atas Talian

 

Makluman Kepada Setiausaha Peperiksaan SPM Sekolah
 
Berikut adalah tarikh-tarikh Kemasukan Markah Secara Atas Talian sebagaimana yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pelajaran Malaysia.
 

BIL
PERKARA
TEMPOH / TARIKH
1
Kemasukan Markah Lisan
1 Ogos – 30 Ogos 2010
2
Kemasukan Markah Kerja Kursus
1 Ogos – 30 Ogos 2010
3
Kemasukan Markah Amali
19 Ogos – 30 Ogos 2010
4
Kemasukan Markah Percubaan Sekolah
1 Oktober – 30 Oktober 2010

 
Panduan Kemasukan Markah Lisan/Kerja Kursus SPM 2010 Secara Online boleh
dimuat turun dari emel gunasama ”sppjpm@gmail.com
 
Sebarang pertanyaan sila berhubung :
Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Melaka
di talian           06 2322284 ( En Razali Mohd Noor )
06 2323780 / 06 2322985

( Pn Faridah Hj Isa, Pn Noor Fazrina  Aziz, Pn Asmah Mohamed Yatim )

(Sumber : En Razali Mohd Noor, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Melaka)
 
Panduan Pelaksanaan Projek Mata Pelajaran 3756/3 Prinsip Perakaunan
Makluman Kepada Pentaksir Sekolah.
 
Tuan boleh memuat turun fail berikut :
 
1 Format Pentaksiran
2 Panduan Pelaksanaan dan Penilaian Projek 3756 / 3 Prinsip Perakaunan
    SPM 2011 ( Ogos – September 2010 )
3 Tugasan Projek
4 Perisian Merekod Kerja Calon
 
dari laman web Lembaga Peperiksaan di alamat http://apps2.moe.gov.my/lpm/
atau dari ”emel gunasama” ; sppjpm@gmail.com ( sila rujuk Setiausaha Peperiksaan SPM sekolah )
 
Sebarang pertanyaan sila rujuk En Pardan Bin Moslem, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Melaka di talian 06 2322403
(Sumber : En Pardan Bin Moslem, Sektor Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Melaka )
 
.:: Siaran On-line - (Minggu Semasa)
v Peruntukan Skim Bantuan Tiusyen Peringkat Pertama : 02/09/2010(4:07:20 PM)
v Program Perkhemahan Kor Kadet Polis Daerah Jasin 2010. : 02/09/2010(11:20:15 AM)
v Surat Pekeliling Peraturan Pembayaran Bantuan Khas Kewangan Tahun 2010 Bagi Pegawai Perkhidmatan Awam Persekutuan Dari Gred 1 Hingga Gred 54. : 02/09/2010(11:18:38 AM)
v Pengisian Instrumen KOMPAS Bagi Tujuan Penilaian Keperluan Latihan Tahun 2011 : 02/09/2010(10:04:59 AM)
v Ujian Kelayakan Murid Ke Tingkatan 1 Aliran Agama Tahun 2011 : 01/09/2010(3:48:23 PM)
v Peperiksaan Teori Pegawai Teknik Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOAM) Gred 1 dan Gred 3 2010 : 01/09/2010(10:17:27 AM)
v Soalan Selaras Pend. Islam SR : 30/08/2010(12:50:30 PM)
v Perutusan DYMM Seri Paduka Yang Dipertuan Agung Sempena Ulangtahun Kemerdekaan ke 53 : 30/08/2010(8:43:48 AM)
v Perutusan KPPM Sempena Ulangtahun Kemerdekaan Negara ke 53 : 30/08/2010(8:42:45 AM)
  Catatan: Semua siaran menggunakan format pdf.Anda perlu mempunyai perisian Acrobat Reader) untuk membuka/ membacanya).
Laman Pemantauan Sekolah Angkat (Sektor Jaminan Kualiti)

Permohonan KGSK Online

Muat Turun Makluman Terkini, Yang Lepas dan Aplikasi PPDJasin. Aplikasi boleh disebar-sebarkan.


Berita
:: Majlis Khatam al-Quran SK Masjid Baru 2010 & Pelancaran Kad Ucapan Aidilfitri SKMB
Majlis Khatam al-Quran SK Masjid Baru 2010, Penyampaian Sumbangan Kepada Anak-anak Yatim dan Majlis Penutup Kem Bestari Solat/Program Ihya' Ramadhan telah diadakan pada 2 September 2010. Majlis perasmian penutup ini telah disempurnakan oleh YM Hj. Raja Abdullah b. Raja Setapa, Pengelola Cemerlang PPD Jasin. Beliau turut sudi untuk melancarkan 'Kad Ucapan Aidilfitri SKMB' hasil terbitan Unit ICT SKMB.
Tarikh : 03/09/2010

:: Penilaian Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Peringkat Negeri Melaka Di SMK Selandar
Rombongan Penilai Pertandingan Kibar Jalur Gemilang Kemerdekaan Ke-53 Peringkat Negeri Melaka telah melawat SMK Selandar pada 2hb. September 2010. Rombongan yang terdiri daripada 6 orang pegawai JPM diketuai oleh Ketua Sektor Pembangunan Kemanusiaan, Tn. Hj. Daud bin Abdull telah sampai di SMK Selandar pada pukul 10.45pagi untuk melawat dan menilai kawasan persekitaran dan bilik-bilik khas. Pihak sekolah mengucapkan setinggi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan acara ini. Semoga SMK Selandar sentiasa "Success".
Tarikh : 03/09/2010

:: Program Ihya' Ramadhan Jabatan Pelajaran Melaka 2010
Destinasi kali ini yang sempat dirakamkan oleh lensa kamera kami iaitu pada 1 September 2010 di Sekolah Menengah Arab Assyakirin, Selandar. En. Jasmi b. Abu Samah, Ketua Unit HEM JPM sebagai tetamu kehormat pada kali ini. Penceramah undangan pula iaitu YM Ustaz Hj Raja Abdullah b. Raja Setapa dari PPD Jasin. Turut hadir En. Kamarulzaman b. Ab. Rahim Penolong Pengarah (Unit Menengah, JPM) dan En. Fuad b. Ali dari PPD Jasin. Majlis ini diserikan lagi dengan kehadiran YDP PIBG dan Ahli Jawatankuasanya serta ibu bapa para pelajar SM Arab Assyakirin. Sekian, terima kasih.
Tarikh : 02/09/2010

:: Majlis Berbuka Puasa JPM Anjuran Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan
Majlis Berbuka Puasa Jabatan Pelajaran Melaka Anjuran Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan telah diadakan di Pusat Kokurikulum Melaka Kg. Lanchang pada 27 Ogos 2010. Tuan Haji Isa bin Haji Abu, Pengarah Pelajaran Melaka sebagai tetamu kehormat diiringi oleh Ketua-ketua Sektor JPM. Turut hadir En Yusof b. Ahmad, Pegawai Pelajaran Daerah Jasin serta wakil dari PPD Melaka Tengah dan PPD Alor Gajah. Seramai 200 orang pelajar sekolah menengah negeri Melaka yang dipilih telah mengadakan Majlis Katam Al-Quran selepas solat sunat Tarawih; ini adalah di antara aktiviti yang dapat dilaksanakan pada program kali ini selain mengacau 5 kawah dodol untuk diagihkan kepada para tetamu yang hadir. Sekian, terima kasih kepada semua yang dapat hadir pada majlis ini.
Tarikh : 02/09/2010

:: Motivasi Akhir Murid Tahun 6 SK Merlimau 2
25 Ogos 2010 telah diadakan Motivasi Akhir Murid Tahun 6 SK Merlimau 2. Penceramah motivasi ini ialah Ustaz Abdullah Suhaimi b. Jaafar dan En. Fuad b. Ali dari PPD Jasin. Semoga dengan program ini; akan dapat memberi panduan kepada calon UPSR 2010 SK Merlimau 2 mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan UPSR tahun ini. Amin.
Tarikh : 02/09/2010

:: 'Postmortem' Lepas Percubaan UPSR 2010
Majlis 'Postmortem' Lepas Percubaan UPSR 2010 ini telah diadakan selama 2 hari iaitu pada 17 dan 18 Ogos 2010 di PPD Jasin. Tujuan diadakan postmortem ini adalah bertujuan untuk melihat sejauh mana pencapaian keputusan percubaan UPSR 2010. Tuan PPD Jasin berharap dengan adanya program ini akan dapat membantu sekolah-sekolah rendah di daerah Jasin mencapai keputusan yang cemerlang pada peperiksaan sebenar nanti. Terima kasih kepada semua Guru Besar dan wakil yang dapat hadir pada postmortem kali ni.
Tarikh : 02/09/2010

:: Program Ihya’ Ramadhan dan Solat Hajat Perdana 2010
30 Ogos 2010 – Panitia Pendidikan Islam SKSD telah berjaya menganjurkan Program Ihya’ Ramadhan dan Solat Hajat Perdana UPSR 2010 dengan jayanya. Program ini telah dihadiri oleh beberapa orang tetamu jemputan antaranya Datuk Zakaria bin Abu Bakar (Penghulu DUN Serkam) mewakili YB Dato’ Haji Ghazale bin Mohamad, En. Yusof bin Ahmad (Pegawai Pelajaran Daerah Jasin), YM Ustaz Raja Abdullah bin Raja Setapa (Pengelola Cemerlang PPD Jasin), Ustaz Muhammad Sani bin Haji Bidin (Wakil Sektor Pendidikan Islam JPM), YDP PIBG serta ahli jawatankuasanya, Mudir dan murid-murid Maahad Tahfiz As-Solehin, ibu bapa murid tahun 5 dan 6, serta warga SK Serkam Darat.
Tarikh : 01/09/2010

:: Majlis Pelancaran Dan Pameran Hari Kemerdekaan Peringkat Sekolah
Pada 23 Ogos 2010, Sek. Keb. Felda Bukit Senggeh telah mengadakan majlis pelancaran hari kemerdekaan peringkat sekolah di dewan SKFBS. Majlis ini bermula pada pukul 8.00 pagi dan berakhir pada pukul 9.00 pagi. Majlis ini dilancarkan oleh Guru Besar SKFBS iaitu Tn. Hj. Mohamad Nor Bin Yos dengan mengibarkan jalur gemilang.
Tarikh : 30/08/2010

:: Program Kecemerlangan Insan Pelajar Lelaki Negeri Melaka 2010
16-18 Ogos 2010 telah diadakan Program Kecemerlangan Insan Pelajar Lelaki Negeri Melaka 2010 di Pusat Kokurikulum Melaka, Kg Lanchang, Melaka. Seramai 64 orang pelajar sekolah menengah Negeri Melaka yang telah terpilih dan berjaya mengikuti program pada kali ini. Terima kasih kepada Tn. Hj. Daud b. Abdull, Ketua Sektor PPK, JPM yang telah sudi menyempurnakan Majlis Perasmian program tersebut. Ucapan terima kasih juga dari pihak Jabatan Pelajaran Melaka kepada penduduk Kg. Spg. Kerayong kerana sudi menerima kunjungan kami ke Masjid dan Tanah Perkuburan dalam melaksanakan program ini. Semoga program ini mendapat keberkatan dan rahmat dari Illahi. Amin.
Tarikh : 26/08/2010

:: Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Berbuka Puasa Peringkat Daerah Jasin
Majlis Bacaan Yaasin, Tahlil & Berbuka Puasa Peringkat Daerah Jasin adalah sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ke 53 pada 12 Ogos 2010 M bersamaan 2 Ramadhan 1431 H di Masjid Al Ghaffar Jasin. YB Datuk Wira Hj. Ahmad b. Hj. Hamzah Ahli Parlimen Jasin telah sudi hadir bersama dalam majlis tersebut.
Tarikh : 23/08/2010

:: Majlis Pelancaran Program Ihya' Ramadhan SK Serkam Darat
Majlis ini telah pun berlangsung pada 13 Ogos 2010, bersamaan 3 Ramadhan 1431 H, bertempat di Dewan Hajah Maimunah,SK Serkam Darat. Majlis ini telah dirasmikan oleh YM Tn. Hj. Raja Abdullah bin Raja Setapa (Pengelola Cemerlang Pejabat Pelajaran Daerah Jasin). Majlis dimulakan dengan Bacaan Al-Quran
Tarikh : 17/08/2010


:: Rehat Minda
Teknologi Malaysia VS Amerika VS Jepun
Cium
Menantu Hantu
Kata Bijak Pandai
Banduan Yang Bijak
Isteriku Liza
Hadiah Dari Mertua
Pengalaman Kaki Pancing
Prolog
Sketsa dalam LRT
Rahsia mata lelaki…
Interpretasi Bulan Kelahiran
Terapi Solat
Lawak Loceng
Nak Mati

PAUTAN PINTAR PPD JASIN ON-LINE
EJEN PENCARI
PENDIDIKAN
AKHBAR TEMPATAN
Email PPD Jasin versi 5.5

Login Email

9 tetamu sedang on-line.
Countdown
STAM - Ujian Lisan
- -54 hari lagi
UPSR 2010
- 17 hari lagi
PMR 2010
- 31 hari lagi
STAM (Bertulis) 2010
- 44 hari lagi
STPM
- 79 hari lagi
SPM 2010 - Ujian Bertulis
- 79 hari lagi
Tazkirah Mingguan
23 Oktober 2009
06 November 2009
24 November 2009

Semak Kelajuan SchoolNet Anda
Untuk menyemak kelajuan SchoolNet KPM. Sila klik di sini http://speedtest.gitn.net.my
Mesin Kira e-RAJIN
0
7 8 9 /
4 5 6 *
1 2 3 -
0 +/- . +
C
=

Hasil Tangan: Ammarsdc

Aplikasi e-Rajin
1] Sistem Pendaftaran Alatan ICT [SPA ICT]
2] Sistem Pendaftaran Kehadiran Kursus/Taklimat
3] Sistem Analisa Keputusan Peperiksaan (Mengikut M/pelajaran) SR Daerah Jasin
4] Sistem - sistem Lain (Dalam Percubaan)
Maklumat Anda..

Maklumat Anda

Semak Kadar Tol

Jom Bersembang

 
PENAFIAN

Pejabat Pelajaran Daerah Jasin tidak bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian
yang disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini.

Diselenggara oleh: Unit ICT dan Maklumat PPD Jasin
Hakcipta © 2010 Pejabat Pelajaran Daerah Jasin.

Dibangunkan bersama oleh Unit ICT PPD Jasin & ATOZ Learning
Hosted by Exabytes